
- Bendera JBPM terbahagi kepada 2 bahagian, 3 segi berwarna merah dengan logo jabatan, jalur kuning dan biru dalam satu 3 segi yang lain .
- Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi dikalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.
- 15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah jabatan bomba dan penyelamat negeri-negeri.
- Jalur kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhdmatan yang berkualiti ( a golden service) kepada pelanggan dan "stakeholders" ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.
- Jalur biru melambangkan air yang digunakan sebagai media pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.
No comments:
Post a Comment